Isnin, 17 Mac 2014

Kriteria Jodoh Yang Baik

Aktiviti untuk mendapatkan jodoh sudah ada sejak zaman dahulu, dan telah banyak cara iaitu budaya untuk meraihnya. Kononnya budaya hari kekasih yang lazimnya dilakukan oleh golongan anak muda zaman sekarang, didasari oleh budaya untuk mendapatkan jodoh.

Lantas, bagaimanakah cara untuk mendapatkan jodoh yang baik menurut Islam?

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya, Allah swt menciptakan manusia secara berpasangan. Allah swt juga sudah menentukan jodoh yang terbaik bagi setiap manusia. Meskipun kita berbadan kurus, pendek, kulit hitam legam, wajah tidak cantik, hidung tidak mancung, gigi jongang, atau sebagainya. Kita tidak perlu bimbang jika tidak bertemu jodoh kerana Allah swt telah menyediakan jodoh untuk seluruh umat manusia.

Allah swt berfirman dalam al-Quran :

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Sedangkan perempuan yang  baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang difitnah orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia."

Surah al-Nur : 26

Dari ayat tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Allah swt memberikan jodoh dengan seimbang atau adil. Maksudnya, lelaki yang baik akan mendapat jodoh wanita yang baik, dan wanita yang baik akan mendapat jodoh lelaki yang baik. Demikian juga sebaliknya, lelaki yang buruk akan mendapat wanita yang buruk, dan wanita yang buruk akan mendapat lelaki yang buruk.

Bagaimanakah gambaran orang yang baik atau buruk menurut pandangan Allah swt? Mengenai hal ini, dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a diceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya, Allah tidak melihat bentuk-bentuk (zahir) dan harta kekayaanmu. Akan tetapi, Dia melihat hati dan amalmu sekalian"

HR. Muslim

Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa lelaki yang atau wanita yang baik menurut pandangan Allah swt ialah yang baik iman dan amalnya, bukan yang rupawan, kaya, atau sebagai. Meskipun demikian, hal tersebut juga layak dipertimbangkan untuk mendapatkan jodoh yang tepat, tetapi jangan dijadikan sebagai keutamaan.

Oleh kerana itu, jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, kita harus memperbaiki diri iaitu dari segi iman dan amal ibadat. Sejauh mana kita baik, sejauh itu pula jodoh yang kita dapat. Dengan ungkapan lain, jika kita ingin mendapatkan jodoh yang baik, bermaksud kita harus menjadi orang yang baik dengan terlebih dahulu.

3 ulasan:

  1. Baru teringat...ini blog untuk assignment subjek Media Dakwah dulu kan...hahaha

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Atien...alang2 I ambik ye entri nie bawak ke blog I :D

    BalasPadam